Want your
own Fotopage?










 
Madu lebah untuk SEMUA!

By: nida madulebah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 20-Aug-2015 05:56 Email | Share | | Bookmark
Website ini berpindah ke http://madu-lebah-nida.blogspot.com

Salam,

Website ini berpindah ke http://madu-lebah-nida.blogspot.com

DAPATKAN PROMOSI SEMPENA RAMADHAN DI
http://madu-lebah-nida.blogspot.com/

RM 40/kg

Siap hantar: RM55

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Nid@ Madu Lebah
016 680 6406

Care to comment?


Friday, 12-Jun-2015 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pembuka kata

Salam mesra buat pengunjung,

Selamat datang & Terima kasih kerana melawati laman web ini.

Sekacip sirih, seulas pinang,
Izinkan saya memperkenalkan diri.

Saya Nida, dari Puchong, Selangor.

Sudah lebih 5 tahun saya berniaga madu secara kecil-kecilan.

Selama bertahun-tahun itulah saya mendapatkan bekalan madu lebah dan royal jelly daripada satu sumber yang sama.

Telah terbukti, sumber saya ini (beliau tinggal di negeri Pahang Darul Makmur) membekalkan madu lebah dan royal jelly yang asli. Keasliannya madu yang dibekalkannya tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana terdapat beberapa botol madu yang sudah lama dalam simpanan saya dan tiada mendapat yang terhasil di dalam botol-botol itu. (Saya jual pada harga yang lebih tinggi kerana rasanya yang lebih lazat.
(Dan kata orang, khasiat madu lebih tinggi semakin lama disimpan)

Harga yang saya tawarkan ini sangat rendah berbanding apa yang anda jumpa di mana-mana sahaja, apatah lagi jika anda bandingkan dengan harga penjual madu lebah secara on-line yang lain.

Jangan terperangkap dengan pendapat yang mengatakan barang yang murah, kualitinya rendah. Cuba dahulu, baru tahu.

Jika tak percaya, saya cabar anda bawakan sebiji mangkuk putih jika mahu cuba menguji keaslian madu yang saya jual. (Kalau mangkuk saya sendiri, mungkin saya gunakan mangkuk 'khas' untuk membentuk hexagon (segi enam) di dalam mangkuk itu.)

Terlalu banyak sebab untuk anda mula mengamalkan minum madu lebah mulai hari ini.

Di kesempatan lain, saya akan sediakan laman yang menyenaraikan khasiat-khasiat madu untuk anda.

Saya alu-alukan pertanyaan daripada anda.




Nida madu lebah
Puchong, Selangor
016 680 6406

Care to comment?


Thursday, 12-Feb-2015 10:12 Email | Share | | Bookmark
SENARAI HARGA MADU DAN ROYAL JELLY

MADU LEBAH TUALANG
ROYAL JELLY
MADU LEBAH BELA

Salam mesra buat pengunjung,

Selamat datang dan Terima kasih kerana melawati laman web ini.


Berikut ialah harga Madu dan Royal Jelly:

(PROMOSI SEMASA: JIKA ANDA BELI LEBIH SATU BOTOL, ANDA LAYAK MENERIMA DISKAUN RM5/BOTOL UNTUK BOTOL KEDUA DAN SETERUSNYA). Sila lihat contoh di bawah.

MADU LEBAH TUALANG
1 KG RM 45*
500 gram RM30*

ROYAL JELLY
BERAT 1KG, RM45*
500 gram RM30*

MADU LEBAH BELA
BERAT 1 KG, RM30*
500 gram RM20*

*harga tidak termasuk kos penghantaran

Pengedar dialu-alukan.
Harga istimewa untuk yang cuba-cuba belajar berniaga!

SMS 016 680 6406 untuk harga melebih 10 botol, atau mengikut tong 45kg!!


Contoh-contoh untuk tawaran semasa.

Contoh 1: Jika anda beli 1 kg Madu Tualang, (jika ambil sendiri,) anda bayar RM45.

Contoh 2: Jika anda beli 2 kg Madu Tualang, (jika ambil sendiri,) anda bayar RM85.

(=RM45+40) (diskaun RM5 untuk botol kedua) (Anda jimat RM5.)

Contoh 3: Jika anda beli 3 kg Madu Tualang, (jika ambil sendiri,) anda bayar RM125 (diskaun RM5 untuk botol kedua dan seterusnya) (Anda jimat RM5 setiap botol kedua dan seterusnya.)




(CAJ PENGHANTARAN MELALUI DESPATCH/KURIER IALAH RM20 HINGGA RM25 SEBOTOL) (MENGIKUT DESTINASI PENGHANTARAN)

(JIKA ANDA BELI BANYAK, HARGA BOLEH RUNDING)



HARGA MURAH TETAPI ASLI.

JIKA ADA MENDAPAN (BERMAKNA MADU TIDAK ASLI), WANG AKAN DIKEMBALIKAN, INSHAALLAH.



Nida madu lebah
Puchong, Selangor
016 680 6406

Tumpang iklan ye tuan rumah, House of Beautiful Tudung & Lovely Shawl. Dapatkan sekarang di http://anissacollection.blogspot.com
Tue 28-Jul-2009 15:07
Posted by:Anissa anissacollection@gmail.com  - [Link]
Add comment


Friday, 12-Jun-2009 06:21 Email | Share | | Bookmark
Lokasi saya

Lokasi saya:
Puchong, Selangor


Care to comment?


Friday, 12-Jun-2009 05:42 Email | Share | | Bookmark
Madu dalam Tupperware

 
Jag ini bernama Fridge Door Pitcher (kira-kira ) brand Tupperware yang terkenal dengan barangan berkualiti tinggi.

Harga runcitnya ialah RM34.80.
Jika anda beli madu dalam Fridge Door Pitcher ini, saya akan turunkan harganya kepada RM30 untuk jag ini.

Senarai harga Madu (berat 1kg) di dalam Fridge Door Pitcher:

Madu Tualang RM 75
Madu Bela/Biasa RM 60
Royal Jelly RM 75



Care to comment?


Tuesday, 5-May-2009 03:05 Email | Share | | Bookmark
Pengedar dialu-alukan

Salam mesra,

Berminat untuk belajar berniaga madu?

Dapatkan harga yang jauh lebih murah jika anda ingin jadi pengedar.

Untuk promosi Harga Pengedar:

Harga untuk 10 botol (1botol = 1 kg) : sila SMS

Harga untuk 20 botol (1botol = 1 kg) : sila SMS

Harga untuk 1 tong berat 45 kg: sila SMS


016 680 6406

Nida madu lebah

Care to comment?


Friday, 6-Mar-2009 07:45 Email | Share | | Bookmark
CARA-CARA MENGUJI MADU UNTUK MEMASTIKAN MADU TULEN

Terdapat beberapa cara untuk menguji ketulenan madu.

Jika anda berpeluang, memang saya cadangkan untuk anda lakukan sendiri ujian-ujian untuk menguji ketulenan madu dalam simpanan anda.

Ini kerana, anda akan berpeluang melihat betapa cantiknya ciptaan Allah swt dan betapa 'magical'nya ciptaan Allah swt sehinggakan boleh berlaku 'magic' di hadapan mata anda. Mungkin saya lebih merujuk kepada kebolehan madu membentuk sarang lebah yang merupakan tempat asal ia diambil. Magik sungguh Allah ciptakan madu. Subhanallah!

Di dalam 'page' ini, saya cuba senaraikan antara cara-cara menguji madu:
(Sila click untuk page seterusnya.)

1. Madu asli membentuk secebis sarang lebah yang berbentuk hexagon (segi enam) apabila digoyang dalam gerakan memusing ('swirling motion') dalam semangkuk air.

2. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis.

3. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
(Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah beberapa lama.)

4. Madu asli tidak akan beku jika diletak di dalam bahagian pembeku peti ais.

Sila datang lagi untuk tambahan ujian. InshaAllah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Saya berminat untuk membeli dan mengedar produk madu tualang yang anda pasarkan. Harap hubungi saya melalui email bungsu_lea@hotmail.com Wed 18-Mar-2009 02:09
Posted by:B.Bungsu - Singapura bungsu_lea@hotmail.com
Add comment


Monday, 2-Mar-2009 05:44 Email | Share | | Bookmark
MANCIS YANG DICELUP KE DALAM MADU MASIH BOLEH TERBAKAR




Salah satu cara menguji madu asli.

CARA:

Celupkan kepala mancis ke dalam madu.
(Dalam video ini, madu yang digunakan ialah madu asli Tualang).

Kemudian nyalakan mancis.

Jika madu asli, mancis akan menyala, seperti dalam video.

Video is property of http://madu-lebah-nida.fotopages.com

Care to comment?


Monday, 2-Mar-2009 05:42 Email | Share | | Bookmark
MADU ASLI MEMBENTUK SARANG LEBAH DI DALAM SEMANGKUK AIR

SELAMAT MENONTON!




Salah satu cara untuk menguji madu asli atau tidak.

Cara:

Masukkan sedikit madu ke dalam semangkuk air.

Pusingkan mangkuk dalam gerakan membulat ('Swirl' mangkuk berisi air dan madu).

Jika madu asli, akan terbentuk 'honeycomb' dalam air tu. Bentuk honeycomb akan hilang bila stop pusing.

Video is property of http://madu-lebah-nida.fotopages.com

Care to comment?


Monday, 23-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
KHASIAT MADU LEBAH

KHASIAT MADU LEBAH

AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir."


Khasiat-khasiat Madu:

(Anda boleh Google Search untuk mencari khasiat-khasiat lain madu.)

Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

Memulihkan sel-sel urat besar.

Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

Merangsang tenaga batin.

Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.

Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Awet muda.

Mendapatkan kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.

Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.

Memulihkan penyakit berpanjangan.

Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

Dan banyak lagi!!!


Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.