Want your
own Fotopage?









 
Madu lebah untuk SEMUA!
sila lihat http://madu-lebah-nida.blogspot.com kerana fotopages ini sudah tidak digunakan - Yahudi...!
By: nida madulebah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Feb-2009 09:28 Email | Share | Bookmark
PRINSIPAL SAYA DALAM BERNIAGA MADU

Salam mesra,

Saya Nida dari Puchong.

Agama saya Islam.
Islam itu cantik, baik dan segalanya yang indah.

Tuhan orang Islam ialah Allah.
Allah itu sendiri Maha Indah.

Allah turunkan al-Quran buat panduan umat Islam.
Dalam al-Quran, Allah swt berfirman dalam Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Saya tulis kembali: (Madu ialah) penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Daripada ayat di atas, saya mahu seramai-ramai orang mendapatkan khasiat madu ini.
Sesuai dengan Tagline saya: Madu lebah untuk SEMUA!

Jadi, saya cuba memberi semurah-murah harga kepada anda, tanpa merugikan diri saya sendiri. Ada beberapa risiko yang berkait dengan perniagaan madu, inshaAllah akan saya senaraikan pada suatu masa lain.

Jadi, jangan bimbang dengan keaslian madu yang saya jual. InshaAllah memang asli.

Pada masa lain, inshaAllah juga, saya akan listkan cara memastikan sama ada madu asli atau tidak. (InshaAllah dengan gambar.)
Lihat sini untuk cara-cara menguji madu asli.

Izinkan saya menitipkan pesanan kepada anda supaya jangan termakan racun mengatakan "mesti ada sesuatu yang tidak kena jika harga terlalu murah". Jika anda takut dan bimbang kerana rugi terbeli madu tiruan, fikirkan juga kerugian yang anda tanggung jika tidak berani mencuba madu yang saya katakan asli ini.

Murah dan mahal adalah subjektif. Persoalannya ialah siapa yang membayar. Bayangkan seorang tua yang terketar-ketar kerana penyakit. Jika dia orang kaya, RM45 sekilogram mungkin terlalu murah, tetapi jika dia bukan orang berada, RM45 sudah mahal. Jangankan pula kalau lebih daripada harga ini.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi laman ini, dan izinkan saya bertanya:

Apakah anda rugi jika mencuba madu Tualang Asli berharga RM45 sekilogram, atau anda akan lebih rugi jika membeli madu Tualang Asli lain yang berharga lebih? Fikirkan.. Terima kasih!!


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.