Website ini berpindah ke http://madu-lebah-nida.blogspot.com
Nid@ Madu Lebah
Selamat datang & Terima kasih  kerana melawati laman web ini.
Sekacip sirih, seulas pinang,
Izinkan saya memperkenalkan diri.
Saya Nida, dari Puchong, Selangor.
Sudah lebih 5 tahun saya berniaga madu secara kecil-kecilan.
Selama bertahun-tahun itulah saya mendapatkan bekalan madu lebah dan royal jelly daripada satu sumber yang sama.
Telah terbukti, sumber saya ini (beliau tinggal di negeri Pahang Darul Makmur) membekalkan madu lebah dan royal jelly yang asli.  Keasliannya madu yang dibekalkannya  tidak perlu dipertikaikan lagi, kerana terdapat beberapa botol madu yang sudah lama dalam simpanan saya dan tiada mendapan yang terhasil di dalam botol-botol itu.  (Saya jual pada harga yang lebih tinggi kerana rasanya yang lebih lazat.
(Dan kata orang, khasiat madu lebih tinggi semakin lama disimpan)
Harga yang saya tawarkan ini sangat rendah berbanding apa yang anda jumpa di mana-mana sahaja, apatah lagi jika anda bandingkan dengan harga penjual madu lebah secara on-line yang lain.
Jangan terperangkap dengan pendapat yang mengatakan barang yang murah, kualitinya rendah.  Cuba dahulu, baru tahu.
Jika tak percaya, saya cabar anda bawakan sebiji mangkuk putih jika mahu cuba menguji keaslian madu yang saya jual.  (Kalau mangkuk saya sendiri, mungkin saya gunakan mangkuk 'khas' untuk membentuk hexagon (segi enam) di dalam mangkuk itu.)
Terlalu banyak sebab untuk anda mula mengamalkan minum madu lebah mulai hari ini.
Di kesempatan lain, saya akan sediakan laman yang menyenaraikan khasiat-khasiat madu untuk anda.
Saya alu-alukan pertanyaan daripada anda.
Nida madu lebah
Puchong, Selangor
Puchong, Selangor
Harga runcitnya ialah RM34.80.
Jika anda beli madu dalam Fridge Door Pitcher ini, saya akan turunkan harganya kepada RM30 untuk jag ini.
Senarai harga Madu (berat 1kg) di dalam Fridge Door Pitcher:
Madu Tualang                RM 75
Madu Bela/Biasa           RM 60
Royal Jelly                      RM 75
Jika anda berpeluang, memang saya cadangkan untuk anda lakukan sendiri ujian-ujian untuk menguji ketulenan madu dalam simpanan anda.
Ini kerana, anda akan berpeluang melihat betapa cantiknya ciptaan Allah swt dan betapa 'magical'nya ciptaan Allah swt sehinggakan boleh berlaku 'magic' di hadapan mata anda.  Mungkin saya lebih merujuk kepada kebolehan madu membentuk sarang lebah yang merupakan tempat asal ia diambil.  Magik sungguh Allah ciptakan madu.  Subhanallah!
Di dalam 'page' ini, saya cuba senaraikan antara cara-cara menguji madu:
(Sila click untuk page seterusnya.)
http://madu-lebah-nida.fotopages.com/?entry=1812887(1. Madu asli membentuk secebis sarang lebah yang berbentuk hexagon (segi enam) apabila digoyang dalam gerakan memusing ('swirling motion') dalam semangkuk air.)
http://madu-lebah-nida.fotopages.com/?entry=1812891(2. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu  masih ada di kepala mancis.)
3. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun.
(Mendapan akan ada jika madu sudah dicampur gula, dan gula ini akan mendap setelah beberapa lama.)
4. Madu asli tidak akan beku jika diletak di dalam bahagian pembeku peti ais.
Sila datang lagi untuk tambahan ujian.  InshaAllah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Salah satu cara menguji madu asli.
CARA:
Celupkan kepala mancis ke dalam madu.
(Dalam video ini, madu yang digunakan ialah madu asli Tualang).
Kemudian nyalakan mancis.
Jika madu asli, mancis akan menyala, seperti dalam video.
Video is property of http://madu-lebah-nida.fotopages.com
http://www.youtube.com/watch?v=_Iy7b9Rmeck( )
Salah satu cara untuk menguji madu asli atau tidak.
Cara:
Masukkan sedikit madu ke dalam semangkuk air.
Pusingkan mangkuk dalam gerakan membulat ('Swirl' mangkuk berisi air dan madu).
Jika madu asli, akan terbentuk 'honeycomb' dalam air tu. Bentuk honeycomb akan hilang bila stop pusing.
AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
Khasiat-khasiat Madu:
(Anda boleh http://google.com(Google Search) untuk mencari khasiat-khasiat lain madu.)
Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
Memulihkan sel-sel urat besar.
Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
Merangsang tenaga batin.
Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Awet muda.
Mendapatkan kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
Memulihkan penyakit berpanjangan.
Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
Dan banyak lagi!!!
saya menerima email2 minta saya naikkan harga madu kepada harga 'pasaran internet'  'supaya semua org dapat faedahnya'.
Antara lain, di dalam email itu, saya dikatakan, "mjlnkan cara perniagaan yg tak sepatutnya/tak beretika" kerana saya menjual madu Tualang asli pada harga yang sangat rendah.
Untuk pengetahun anda semua, saya sedang menjalankan PROMOSI sempena pembukaan laman web saya.  Harga ini bukan harga muktamad.
Juga, perlu diingat, harga ini tidak termasuk kos penghantaran.  Jadi, saingan daripada saya tidaklah terlalu kuat.  Anda masih berpeluang untuk mengaut peluang perniagaan daripada orang lain.
Untuk anda yang lain, harga ini ialah harga promosi, jadi cepat, dapatkan madu sekarang sebelum naik!!!
SMS:  - 016 - 968 9754
TERIMA KASIH, TERIMA KASIH!!!!
P/S:  jika laman web ini di'hack' anda boleh http://google.com(Google) saya: "nida madu" ok!! INSHAALLAH, HARGA SAYA TIDAK AKAN JAUH BERUBAH DARIPADA HARGA PROMOSI.   Terima kasih!!!  Mungkin saya kena set-up new website...
Saya Nida dari Puchong.
Agama saya Islam.
Islam itu cantik, baik dan segalanya yang indah.
Tuhan orang Islam ialah Allah.
Allah  itu sendiri Maha Indah.
Allah turunkan al-Quran buat panduan umat Islam.
Dalam al-Quran, Allah swt berfirman dalam  Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
Saya tulis kembali: (Madu ialah) penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Daripada ayat di atas, saya mahu seramai-ramai orang mendapatkan khasiat madu ini.
Sesuai dengan Tagline saya: Madu lebah untuk SEMUA!
Jadi, saya cuba memberi semurah-murah harga kepada anda, tanpa merugikan diri saya sendiri.  Ada beberapa risiko yang berkait dengan perniagaan madu, inshaAllah akan saya senaraikan pada suatu masa lain.
Jadi, jangan bimbang dengan keaslian madu yang saya jual.  InshaAllah memang asli.
Pada masa lain, inshaAllah juga, saya akan listkan cara memastikan sama ada madu asli atau tidak.  (InshaAllah dengan gambar.)
Lihat http://madu-lebah-nida.fotopages.com/?entry=1815543( sini) untuk cara-cara menguji madu asli.
Izinkan saya menitipkan pesanan kepada anda supaya jangan termakan racun mengatakan "mesti ada sesuatu yang tidak kena jika harga terlalu murah".  Jika anda takut dan bimbang kerana rugi terbeli madu tiruan, fikirkan juga kerugian yang anda tanggung jika tidak berani mencuba madu yang saya katakan asli ini.
Murah dan mahal adalah subjektif.  Persoalannya ialah siapa yang membayar.  Bayangkan seorang tua yang terketar-ketar kerana penyakit.  Jika dia orang kaya, RM45 sekilogram mungkin terlalu murah, tetapi jika dia bukan orang berada, RM45 sudah mahal.  Jangankan pula kalau lebih daripada harga ini.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana mengunjungi laman ini, dan izinkan saya bertanya:
Apakah anda rugi jika mencuba madu Tualang Asli berharga RM45 sekilogram, atau anda akan lebih rugi jika membeli madu Tualang Asli lain yang berharga lebih?  Fikirkan..  Terima kasih!!